Posts

Kisah Nabi Musa A.S

Image
Raja Fir'aun yang memerintah Mesir sekitar kelahirannya Nabi Musa, adalah seorang raja yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia memerintah negaranya dengan kekerasan, penindasan dan melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Rakyatnya hidup dalam ketakutan dan rasa tidak aman tentang jiwa dan harta benda mereka, terutama Bani Isra'il yang menjadi hamba kekejaman, kezaliman dan bertindak sewenang-wenangnya dari raja dan orang-orangnya. Mereka merasa tidak tenteram dan selalu dalam keadaan gelisah, walau pun berada dalam rumah mereka sendiri. Mereka tidak berani mengangkat kepala bila berhadapan dengan seorang hamba raja dan berdebar hati mereka karena ketakutan bila kedengaran suara pegawai-pegawai kerajaan lalu di sekitar rumah mrk, apalagi bunyi kasut mrk sudah terdengar di depan pintu .

Kisah Nabi Ismail.A.S

Image
Sampai Nabi Ibrahim yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternaknya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir . Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.berkata : Pertama-tama yang menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar karena merasa sgt gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW

Image
Sifat   Pemurah   Sabda Rasulullah s.a.w.: "Kunci syurga ialah menyintai orang-orang miskin." Dalam hal ini Rasulullah telah menunjukkan contoh yang luar biasa .             Pada suatu hari, setelah selesai sembahyang jemaah di masjid, baginda tergesa-gesa pulang ke rumah hingga sahabat-sahabat merasa hairan. Setibanya di rumah, baginda lalu menyuruh pembantunya memanggil orang-orang fakir dan miskin pada malam itu juga untuk dibahagikan wang. Sebenarnya sesudah sembahyang tadi terlintas dalam ingatan baginda yang ia masih menyimpan wang yang belum dibahagikan kepada orang yang berhak menerimanya .             Suatu hari yang lain, baginda telah pergi ke pasar untuk membeli sehelai kain sambil membawa wang lapan dirham. Di tengah jalan baginda bertemu dengan seorang budak perempuan yang menangis. Dia tidak berani pulang kerana takut akan dimarahi oleh majikannya. Seketika itu juga Rasulullah memberikan kepadanya wang dua dirham, lalu berhentilah ia dari menan

Penghinaan Barat terhadap Islam (1 )

Kesabaran umat Islam terus diuji dengan berbagai penghinaan yang dilontarkan Barat, mulai dari kasus kartun Nabi Muhammad saw yang sekarang merebak lagi di Denmark, sampai pernyataan Paus Benediktus XVI yang tendesius tentang jihad dalam Islam dan sosok Nabi Muhammad saw beberapa waktu lalu. Kasus-kasus yang mengundang kemarahan umat Islam ini menimbulkan pertanyaan mengapa penghinaan ini kerap dialami umat Islam. Isu integrasi, toleransi dan dialog seolah menjadi lips service semata karena faktanya umat Islam dan Islam lah yang selalu menjadi sasaran penghinaan dan kebencian. Artikel "Akar-akar Penghinaan terhadap Islam dalam Pemikiran Barat" yang ditulis oleh Sohaib Jassim akan menjawab pertanyaan itu. Sohaib Jassim adalah Kepala Biro Al-Jazeera TV Jakarta. Karena panjangnya artikel, artikel akan dimuat secara bersambung dalam sembilan bagian tulisan. Selamat membaca. <;">Mengapa Paus Benediktus Menghina Islam lagi?